Aku
telah dilahirkan di kawasan perkampungan. Aku hidup bersama keluarga yang
sangat harmoni. Bagiku keluarga adalah yang paling utama berbanding perkara
lain. Aku sanggup berkorban untuk keluargaku. Ramai yang iri terhadap
keluargaku. Walaupun kami sekeluarga hidup sederhana tetapi ikatan antara
persaudaraan bagai “isi dengan kuku”.
Seperti
biasa tugasan aku sebagai seorang pelajar ku lalui dengan penuh sabar dan tabah
dalam mencari ilmu untuk bekalan di dunia dan akhirat. Atika merupakan rakan
sekelasku. Kami selalu berbincang dan membuat latihan sekolah bersama-sama.
Setiap hari khamis ‘aku’ dan Atika akan pergi ke perpustakaan bagi
menyelesaikan segala tugas-tugasku. Aku merupakan seorang pengawas perpustakaan
atau lebih dikenali sebagai pustakawan. Pelbagai anugerah telah aku perolehi
dan aktiviti kelab pustakawan yang aku melibatkan diri.
Suatu
petang aku telah ditugaskan untuk menjaga kaunter. Sesiapa yang ingin membuat
pinjaman dan pemulangan buku di perpustakaan mereka harus membuat urusan tersebut
di kaunter. Sedang asyik aku membaca buku di kaunter tersebut tiba-tiba hadir
seorang lelaki datang menegur aku. Ternyata apabila aku menoleh yang datang
menegur aku adalah Alif. Dia merupakan pelajar yang sama tingkatan dengan aku.
Sebelum ini, memang aku melihat Alif sering
pergi ke perpustakaan pada waktu petang bersama-sama kawannya. Oleh sebab itu
aku kenal dia. Perkara yang membuat lidahku kelu ketika Alif menegurku adalah
kerana Alif menanyakan aku bahawa adakah aku sudah berteman. Walaupun pada
ketika itu Fika berada disebelah aku, tetapi Alif tidak menghiraukannya. Ehhh…
Alif da kenapa Tanya aku soalan ni?.. bisik di dalam hati ku. Hanya tuhan yang
tahu tentang perasaan aku ketika itu. Tetapi aku hanya memberi senyuman sebagai
jawapan daripada pertanyaannya yang membuatkan hati aku berdebar.
Setelah
beberapa hari, aku telah menerima mesej yang berbunyi “assalam.. boleh kita
berkenalan?” aku berasa hairan kerana mesej tersebut aku tidak mengenali nombor
penghantarnya. Disebabkan tidak ada dalam rekod pengenalan. Ternyata yang
memberi mesej itu adalah Alif. Dia mendapat nombor telifon aku daripada Atika.
“nantilah kau Atika. Aku akan kerjakan kau nanti” bisik aku sendirian. Mulai
daripada hari itu, aku dan Alif sentiasa berhubung melalui mesej. Kadang kala
kami akan berjumpa di perpustakaan. Walaupun kami tidak bercinta tetapi
hubungan kawan antara kami sangat rapat.
Kini
peperiksaan awam semakin dekat. Aku mengambil keputusan agar tidak bertemu
dengan Alif buat sementara waktu. Aku meminta agar Alif tidak menemui aku
kerana aku ingin lebih fokus terhadap peperiksaan yang akan menjelang tiba. Setelah
keputusan peperiksaan awam keluar aku telah ditempatkan di Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala Alif
telah ditawarkan di Universiti Malaya (UM). Semanjak aku dan Alif melanjutkan
pelajaran di pengajian tinggi kami telah terputus hubungan. Aku lalui kehidupan
di universiti bersama-sama rakan baru.
Hampir
4 tahun aku belajar di UPM dalam jurusan pendidikan kini aku digelar seorang
cikgu. Kerjaya inilah yang aku kejar selama ini. Aku telah ditempatkan di
sekolah sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Suatu hari aku telah mengalami
kemalangan jalan raya. Setelah sedar daripada pengsan aku dimaklumkan bahawa
aku telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Setelah usai pelajaran di universiti,
perkara yang tidak terlintas diingatan aku adalah untuk berjumpa dengan Alif
lagi. Kerana kami sudah lama tidak berhubung. Ternyata takdir yang ditulis oleh
Allah tidak sedemikian.
Assalam…
kedengaran suara dari pintu masuk bilik rawatan yang aku dirawat. “kenapa suara
itu seperti aku pernah dengar? Tak kan la dia?” itulah yang bermain difikiran
aku. Ternyata benar. Suara itu memang empunya Alif. Tuhan menghendaki lain.
Tuhan yang mengatur segalanya. Aku terdiam seketika kemudian aku sambut salam
nya dengan senyuman. “lama tidak
berjumpa Heliza? Tanya Alif” aku hanya diam seribu bahasa. Kerana tidak tahu
mahu menjawab apa. Rupa-rupanya Alif berkerja di hospital yang mana aku dirawat
dan dialah yang merawat aku. Dia merupakan seorang doktor di Hospital Kuala
Lumpur (HKL). Doktor merupakan cita-citanya semenjak dibangku sekolah lagi.
Oleh
kerana terlalu lama tidak berhubung, maka aku dan Alif mengambil keputusan
untuk bertukar nombor telifon. Kerana aku sudah tidak menggunakan nombor
telifon yang baru. Mulai dari hari itu, Alif akan telifon aku hampir setiap
hari. Kami mulai rapat seperti dibangku sekolah dahulu. Tetapi ketika ini
pemikiran aku sudah dewasa untuk membahagikan masa antara pekerjaan aku sebagai
seorang guru dan masa untuk aku berkawan dan berteman. “Heliza. Jom pergi
keluar makan malam.” Itu merupakan kali pertama aku dan Alif keluar bersama
setelah kami tidak berhubung sekian lamanya. Aku keluar dengan izin keluarga.
Pelbagai
cerita yang kami kongsikan. Daripada cerita zaman sekolah, universiti hinggalah pekerjaan. Alif menceritakan pengalaman
dia semasa di universiti yang mana dia telah dipertanggungjawabkan untuk
membuat seminar berkaitan Kesihatan di Universiti Putra Malayisia (UPM). Dia
berharap pada ketika itu dapat berjumpa dengan aku. Aku dengar luahan kisah
yang diceritakan Alif dengan perasaan aku yang serba salah kerana tidak
menghubunginya. Alif memberitahu bahawa harapannya itu pudar apabila dia tidak
dapat menghubungi aku. Bagi menghilangkan suasana yang tiba-tiba sayu, aku
telah menyampuk cerita Alif itu dengan bertanyakan tentang pekerjaannya
sekarang.
Aku
memang sudah mengetahui bahawa Alif memang bercita-cita untuk menjadi seorang
doktor. Semasa disekolahpun dia telah mengambil bidang sains tulen dalam kursus
atau aliran di sekolah. Aku dan Alif bertukar-tukar cerita sambil menjamu selera di restoran yang telah
disepakati oleh Alif dan aku. Lagipun, restoran itu tidak terlalu jauh dari
tempat ringgal aku. Bolehlah aku balik awal nanti niatku. Mulai malam itu,
hubungan aku dan Alif semakin rapat dan kami sering keluar berdua bagi
menghilangkan tekanan dalam pekerjaan yang kami lalui.
Hampir
5 bulan aku dan Alif berkawan. Tanpa aku ketahui, rupanya Alif telah menemui
ahli keluarga aku. Berjumpa dengan ayah dan bonda. Niat Alif berjumpa mereka
adalah bertujuan untuk merisik aku sebagai calon teman hidupnya buat selamanya.
Ya ALLAH!!!. Perkara tersebut telah membuatkan aku terkejut kerana Alif tidak
pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku sebagai teman istemewa dalam
hidupnya. Tanpa aku sedari air mata telah gugur, menitis di pipiku semasa aku
mendapat tahu bahawa Alif ingin melamar aku sebagai teman hidupnya.
Tangisan
ini bukanlah tanda hati tidak boleh menerima, tetapi perasaan yang terlalu gembira
kerana Alif orang yang aku sayangi selama ini akan menjadi imam untukku dan anak-anakku. Aku menyimpan perasaan saying
ini dari masa sekolah lagi, tetapi aku harus melupakannya kerana aku mahu mendapatkan kejayaan dalam
pendidikan terlebih dahulu untuk aku hadiahkan kepada ibu dan ayah aku dulu.
Namun, kini hasrat yang pernah aku lupakan dahulu bersinar kembali ibarat
sinarnya matahari setelah ditutupi awan mendung.
Aku bersyukur ke hadrat ilahi, Allah menumukan
aku dengan Alif kembali setelah aku terputus hubungan dengan dia dahulu. Kini
kami akan hidup bersama dan menjadi keluarga yang sakinah bersama anak-anak
yang solleh dan solleha. Insyallah.. itulah yang aku harapkan dikehidupan aku
bersama Alif nanti. Dengan restu keluarga dan keberkatan daripada Allah aku
telah disatukan dengan Alif dengan ijab dan Kabul. Aku berjanji kepada diriku
agar menjadi isteri yang baik untuk suami dan ibu yang baik untuk anak-anakku
kelak. Amin..