Khamis, 25 April 2013


Aku telah dilahirkan di kawasan perkampungan. Aku hidup bersama keluarga yang sangat harmoni. Bagiku keluarga adalah yang paling utama berbanding perkara lain. Aku sanggup berkorban untuk keluargaku. Ramai yang iri terhadap keluargaku. Walaupun kami sekeluarga hidup sederhana tetapi ikatan antara persaudaraan bagai “isi dengan kuku”.
Seperti biasa tugasan aku sebagai seorang pelajar ku lalui dengan penuh sabar dan tabah dalam mencari ilmu untuk bekalan di dunia dan akhirat. Atika merupakan rakan sekelasku. Kami selalu berbincang dan membuat latihan sekolah bersama-sama. Setiap hari khamis ‘aku’ dan Atika akan pergi ke perpustakaan bagi menyelesaikan segala tugas-tugasku. Aku merupakan seorang pengawas perpustakaan atau lebih dikenali sebagai pustakawan. Pelbagai anugerah telah aku perolehi dan aktiviti kelab pustakawan yang aku melibatkan diri.
Suatu petang aku telah ditugaskan untuk menjaga kaunter. Sesiapa yang ingin membuat pinjaman dan pemulangan buku di perpustakaan mereka harus membuat urusan tersebut di kaunter. Sedang asyik aku membaca buku di kaunter tersebut tiba-tiba hadir seorang lelaki datang menegur aku. Ternyata apabila aku menoleh yang datang menegur aku adalah Alif. Dia merupakan pelajar yang sama tingkatan dengan aku.
 Sebelum ini, memang aku melihat Alif sering pergi ke perpustakaan pada waktu petang bersama-sama kawannya. Oleh sebab itu aku kenal dia. Perkara yang membuat lidahku kelu ketika Alif menegurku adalah kerana Alif menanyakan aku bahawa adakah aku sudah berteman. Walaupun pada ketika itu Fika berada disebelah aku, tetapi Alif tidak menghiraukannya. Ehhh… Alif da kenapa Tanya aku soalan ni?.. bisik di dalam hati ku. Hanya tuhan yang tahu tentang perasaan aku ketika itu. Tetapi aku hanya memberi senyuman sebagai jawapan daripada pertanyaannya yang membuatkan hati aku berdebar.
Setelah beberapa hari, aku telah menerima mesej yang berbunyi “assalam.. boleh kita berkenalan?” aku berasa hairan kerana mesej tersebut aku tidak mengenali nombor penghantarnya. Disebabkan tidak ada dalam rekod pengenalan. Ternyata yang memberi mesej itu adalah Alif. Dia mendapat nombor telifon aku daripada Atika. “nantilah kau Atika. Aku akan kerjakan kau nanti” bisik aku sendirian. Mulai daripada hari itu, aku dan Alif sentiasa berhubung melalui mesej. Kadang kala kami akan berjumpa di perpustakaan. Walaupun kami tidak bercinta tetapi hubungan kawan antara kami sangat rapat.
Kini peperiksaan awam semakin dekat. Aku mengambil keputusan agar tidak bertemu dengan Alif buat sementara waktu. Aku meminta agar Alif tidak menemui aku kerana aku ingin lebih fokus terhadap peperiksaan yang akan menjelang tiba. Setelah keputusan peperiksaan awam keluar aku telah ditempatkan di  Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala Alif telah ditawarkan di Universiti Malaya (UM). Semanjak aku dan Alif melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi kami telah terputus hubungan. Aku lalui kehidupan di universiti bersama-sama rakan baru.
Hampir 4 tahun aku belajar di UPM dalam jurusan pendidikan kini aku digelar seorang cikgu. Kerjaya inilah yang aku kejar selama ini. Aku telah ditempatkan di sekolah sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Suatu hari aku telah mengalami kemalangan jalan raya. Setelah sedar daripada pengsan aku dimaklumkan bahawa aku telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Setelah usai pelajaran di universiti, perkara yang tidak terlintas diingatan aku adalah untuk berjumpa dengan Alif lagi. Kerana kami sudah lama tidak berhubung. Ternyata takdir yang ditulis oleh Allah tidak sedemikian.
Assalam… kedengaran suara dari pintu masuk bilik rawatan yang aku dirawat. “kenapa suara itu seperti aku pernah dengar? Tak kan la dia?” itulah yang bermain difikiran aku. Ternyata benar. Suara itu memang empunya Alif. Tuhan menghendaki lain. Tuhan yang mengatur segalanya. Aku terdiam seketika kemudian aku sambut salam nya dengan senyuman.  “lama tidak berjumpa Heliza? Tanya Alif” aku hanya diam seribu bahasa. Kerana tidak tahu mahu menjawab apa. Rupa-rupanya Alif berkerja di hospital yang mana aku dirawat dan dialah yang merawat aku. Dia merupakan seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor merupakan cita-citanya semenjak dibangku sekolah lagi.
Oleh kerana terlalu lama tidak berhubung, maka aku dan Alif mengambil keputusan untuk bertukar nombor telifon. Kerana aku sudah tidak menggunakan nombor telifon yang baru. Mulai dari hari itu, Alif akan telifon aku hampir setiap hari. Kami mulai rapat seperti dibangku sekolah dahulu. Tetapi ketika ini pemikiran aku sudah dewasa untuk membahagikan masa antara pekerjaan aku sebagai seorang guru dan masa untuk aku berkawan dan berteman. “Heliza. Jom pergi keluar makan malam.” Itu merupakan kali pertama aku dan Alif keluar bersama setelah kami tidak berhubung sekian lamanya. Aku keluar dengan izin keluarga.
Pelbagai cerita yang kami kongsikan. Daripada cerita zaman sekolah, universiti  hinggalah pekerjaan. Alif menceritakan pengalaman dia semasa di universiti yang mana dia telah dipertanggungjawabkan untuk membuat seminar berkaitan Kesihatan di Universiti Putra Malayisia (UPM). Dia berharap pada ketika itu dapat berjumpa dengan aku. Aku dengar luahan kisah yang diceritakan Alif dengan perasaan aku yang serba salah kerana tidak menghubunginya. Alif memberitahu bahawa harapannya itu pudar apabila dia tidak dapat menghubungi aku. Bagi menghilangkan suasana yang tiba-tiba sayu, aku telah menyampuk cerita Alif itu dengan bertanyakan tentang pekerjaannya sekarang.
Aku memang sudah mengetahui bahawa Alif memang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Semasa disekolahpun dia telah mengambil bidang sains tulen dalam kursus atau aliran di sekolah. Aku dan Alif bertukar-tukar cerita sambil  menjamu selera di restoran yang telah disepakati oleh Alif dan aku. Lagipun, restoran itu tidak terlalu jauh dari tempat ringgal aku. Bolehlah aku balik awal nanti niatku. Mulai malam itu, hubungan aku dan Alif semakin rapat dan kami sering keluar berdua bagi menghilangkan tekanan dalam pekerjaan yang kami lalui.
Hampir 5 bulan aku dan Alif berkawan. Tanpa aku ketahui, rupanya Alif telah menemui ahli keluarga aku. Berjumpa dengan ayah dan bonda. Niat Alif berjumpa mereka adalah bertujuan untuk merisik aku sebagai calon teman hidupnya buat selamanya. Ya ALLAH!!!. Perkara tersebut telah membuatkan aku terkejut kerana Alif tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku sebagai teman istemewa dalam hidupnya. Tanpa aku sedari air mata telah gugur, menitis di pipiku semasa aku mendapat tahu bahawa Alif ingin melamar aku sebagai teman hidupnya.
Tangisan ini bukanlah tanda hati tidak boleh menerima, tetapi perasaan yang terlalu gembira kerana Alif orang yang aku sayangi selama ini akan menjadi imam untukku  dan anak-anakku. Aku menyimpan perasaan saying ini dari masa sekolah lagi, tetapi aku harus melupakannya  kerana aku mahu mendapatkan kejayaan dalam pendidikan terlebih dahulu untuk aku hadiahkan kepada ibu dan ayah aku dulu. Namun, kini hasrat yang pernah aku lupakan dahulu bersinar kembali ibarat sinarnya matahari setelah ditutupi awan mendung.


 Aku bersyukur ke hadrat ilahi, Allah menumukan aku dengan Alif kembali setelah aku terputus hubungan dengan dia dahulu. Kini kami akan hidup bersama dan menjadi keluarga yang sakinah bersama anak-anak yang solleh dan solleha. Insyallah.. itulah yang aku harapkan dikehidupan aku bersama Alif nanti. Dengan restu keluarga dan keberkatan daripada Allah aku telah disatukan dengan Alif dengan ijab dan Kabul. Aku berjanji kepada diriku agar menjadi isteri yang baik untuk suami dan ibu yang baik untuk anak-anakku kelak. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan